BlogList Malaysia

03 September 2012

PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah


Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.


"Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.

Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.

Pasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar.

Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.

Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas