BlogList Malaysia

30 September 2012

Perdana Menteri Yang Meroyan

PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan,

Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut.



Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020.

Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Najib memberi alasan, kesemua pemegang konsesi tol merubakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dan penghapusannya akan menjejaskan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia.

Katanya, ia berbeza dengan dasar BN melalui bayaran wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnnya bukan langkah populis.

Tambahnya, Pakatan Rakyat boleh melakukan BERSIH 2.0 namun kerajaannya boleh membuat BR1M 2.0.

Berbeza dengan subsidi untuk barangan keperluan, BR1M disasarkan kepada golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan tidak layak diterima golongan kaya.

Skim sama dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura, katanya.

Bantuan baucar RM250 untuk buku pelajar tingkatan enam dan di universiti juga bukan langkah populis kerana ia bukan bayaran tunai tetapi khusus untuk membeli buku bagi membantu golongan itu, katanya.

Katanya, beliau enggan menyalurkannya sebelum pilihan raya kampus walaupun sesetengah pihak berpendapat sokongan kepada kerajaan akan akan meningkat jika dilakukan sedemikian.

Bagaimanapun, kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan, menang di 18 daripada 20 kampus, katanya.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas