BlogList Malaysia

20 September 2012

Laporan Polis Terhadap Penyelewengan Felda

LAPORAN POLIS TERHADAP FAIZOULL AHMAD

Laporan telah dibuat pada 11.30 pagi ini di Balai Polis Temerloh. Antara dakwaan penyelewengan yg dilakukan oleh Faizoull ialah:-

1. Menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau untuk mengarahkan pegawai2 Jabatan Tadbiran HQ Felda supaya menyediakan kertas cadangan permohonan kelulusan Arahan Perubahan Kerja(VO) bagi kerja2 hiasan dalaman Fasa 2 Menara Felda agar dipercepatkan daripada jadual asal 5 bulan kpd hanya 3 minggu. Ini menyebabkan penambahan kos sebanyak RM 15 juta(50%) daripada harga asal kontrak iaitu RM 29 juta kepada RM 44 juta. Kertas Cadangan tersebut adalah amat tidak munasabah dan bertentangan dgn Arahan Perbendaharaan perkara 202(Peraturan Arahan Perubahan Kerja).


2. Mengarahkan pegawai Jabatan Tadbiran membuat bayaran pendahuluan berjumlah RM 8.7 juta kepada Atlanta Resources Sdn Bhd untuk menyiapkan kerja2 Hiasan Dalaman secepat mungkin tanpa mengendahkan peraturan kontrak yang sedia ada.

3. Meluluskan beberapa bayaran kepada Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) tanpa memastikan sesuatu program dijalankan atau tidak. Antaranya:-

a. Bayaran kepada MBFM sebanyak RM17,000 untuk program Motor Cross pada 5 julai 2012 di Felda Cini Timur 2 yg tidak dijalankan,

b. Meluluskan bayaran RM 56,000 kepada MBFM bagi tunggakan wang saguhati Anugerah Belia antara tahun 2008 hingga 2011 yg mana tuntutan tersebut amat meragukan,

c. Jumlah bayaran yg diluluskan kpd MBFM sepanjang tahun 2011 hingga 2012 mencecah RM 5,374,454.20. Ini suatu jumlah yg sangat tinggi apatah lagi ia tidak mengikut peraturan biasa dimana HQ Felda yg seharusnya memindahkan peruntukan kpd Pengurusan Felda Wilayah tersebut bagi memantau setiap program.

4. Menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Seminar Transformasi Pegawai Kanan Kumpulan Felda untuk mempengaruhi Lembaga Felda tanpa melalui Pengurusan Felda utk melantik terus Syarikat JP International Sdn Bhd sebagai Event Manager seminar sedangkan syarikat tersebut telah dibubarkan.(merujuk kepada semakan SSM)

5. Memperdaya dan menipu Ahli Lembaga Pengarah Felda dengan membelanjakan RM 2 juta untuk sebuah seminar 2 hari yang hanya dihadiri seramai 152 orang peserta Felda dan 200 orang peserta kumpulan FGVH.

6. Meluluskan kontrak latihan kemahiran anak2 peneroka kepada beberapa buah Kolej, Institusi dan pihak swasta. Sebagai ganjarannya, pihak2 tersebut bermurah hati memberi tajaan penuh kepada Faizoull Ahmad dalam penganjuran Hari Keluarga Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru(sepenuhnya di bawah kawalan dan penyeliaan beliau) pada 15 julai 2012 di Tanjung Bidara Resort, Melaka. Tajaan pihak2 tersebut adalah berupa bayaran penginapan, makan minum, hadiah, barangan, boucer dan lain2. Antara yg terlibat membuat tajaan adalah MAS, Lim Kok Wing University, Auto Prima, KFC dll.

7. Meluluskan bayaran sumbangan kpd pihak luar dan parti politik seperti Umno untuk menganjurkan aktiviti tanpa kelulusan Pihak Pengurusan Felda sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Laporan Polis ini baru sebahagian dari banyak lagi tuduhan korupsi yg dilakukan oleh Faizoull Ahmad. Harap siasatan segera pihak polis. Apa maknanya Plan Intergriti yg ditandatangani antara Felda dengan SPRM sebelum ini?


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas