27 September 2012

Kementerian Pelajaran Politikkan Soalan Peperiksaan SPM



Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri.



''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan.

"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenainya, jurucakap itu berkata, perkara itu pertama kali didengari mamandangkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

"Kertas itu subjek apa? Bagaimana soalannya? Kami tidak tahu mengenai soalan itu," katanya lagi.

Baru-baru ini tersebar di laman Facebook mengenai soalan percubaan SPM yang mempunyai soalan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Soalan yang dipercayai subjek pendidikan moral itu juga mengandungi dua gambar semasa berlakunya perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/09/bongkar-kementerian-pelajaran-malaysia.html



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas