BlogList Malaysia

18 September 2012

Filem Hina Nabi - Negara Lain Demo Sampai Ada Yang Mati.. Pemuda Umno Baru Dok Nilai??

Demo: Pemuda Umno masih nilai, kata Khairy

REMBAU – Pemuda Umno masih lagi menilai sama ada mahu bergabung dengan Pemuda Pas atau sebaliknya dalam mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara berhubung filem kontroversi Innocence of Muslims, Jumaat ini.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan dibuat bagi mengambil kira beberapa perkara antaranya berwaspada dalam hal berkaitan keselamatan semasa bantahan dibuat bagi mempertahankan maruah agama Islam berhubung filem anti-Islam berkenaan.


Menurutnya, tidak timbul isu pihak mana yang menyuarakan bantahan terlebih dahulu, baik Umno mahupun Pas kerana perkara yang lebih utama ialah kesediaan untuk bekerjasama dalam membuat bantahan terhadap filem berkenaan.

“Kesediaan Google untuk menyekat filem kontroversi berkenaan untuk diakses di negara ini juga kita puji dan sokong walaupun syarikat milik AS berkenaan mengamalkan dasar kebebasan bersuar.

“Malah, kita harap agar, YouTube tidak sesekali menyiarkan rakaman video yang boleh menghina mana-mana agama di dunia ini kerana ia sama sekali tidak wajar dipaparkan,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Program Kajian Sejarah warisan Negeri Sembilan di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar Astana Raja, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berharap tiada mana-mana pihak yang mempolitikkan isu berhubung filem kontroversi berkenaan dan tidak perlu menyatakan mereka lebih terdahulu untuk membuat bantahan.

“Nampak macam kebudak-budakan... jangan tunjuk sikap tak matang kerana apa yang penting kerjasama semua pihak bagi membantah filem kontroversi berkenaan... Pemuda Umno juga bersedia untuk membuat bantahan tetapi masih belum memutuskan untuk turut sama dengan Pemuda Pas atau tidak Jumaat ini.

“Jika sesuai... saya akan turut serta dengan mereka (Pemuda Pas)," katanya.

Turut hadir, Adun Kota, Datuk Dr. Awaluddin Said; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad; dan Pengarah Politeknik Port Dickson, Mejar (K) Mohd Kharir Mohd Ibrahim.

http://www.sinarharian.com.my/politik/demo-pemuda-umno-masih-nilai-kata-khairy-1.85980


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas