BlogList Malaysia

28 September 2012

Bajet Terdesak - Najib dijangka tabur ‘rasuah’ demi sokongan politik

KUALA LUMPUR 28 Sept: Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’ dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini.

Menyifatkannya sebagai ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggalakkan pelaburan.



“Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara,” katanya kepada Keadilan Daily di lobi parlimen.

Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik.

BR1M berlawanan dengan kebajikan berstruktur yang dicadang Pakatan dalam Belanjawan 2013 dengan peruntukan kebajikan tertentu mengikut tempoh bersesuaian.

Sebelum ini, kerajaan Umno melalui Bajet 2012, menyogok wang tunai RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan yang dianggap Mahathir sebagai menyerupai rasuah.

Hal ini diperkuat dengan kenyataan Perdana Mentari 8 Jun lalu melalui Bernama yang melaporkan Najib mempertimbang untuk meneruskan ‘sogokan’ BR1M.

BR1M disogok kepada rakyat tanpa tempoh atau jadual tertentu yang hanya ditentukan pemimpin Umno mengikut selera ‘tekak’ mereka.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, belanjawan adalah isu dasar, bukannya ‘gula-gula’ semata-mata, malah ia tidak melambangkan pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab.

“Belanjawan Pakatan berpegang kepada prinsip yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi yang akan diagih kepada rakyat.

“Ia menjana pertumbuhan dan pelaburan baru yang akan beri peluang pekerjaan dan tingkatkan pendapatan dan kuasa ekonomi rakyat,” kata beliau.

Belanjawan Pakatan, katanya, bukan slogan atau retorik politik semata-mata, bahkan melambangkan kesungguhan Pakatan untuk membela rakyat tanpa mengira kaum.

“Justeru, saya minta rakyat membandingkan Bajet 2013 kerajaan Umno BN dengan Belanjawan Pakatan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36955


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas