06 August 2012

Polis patut siasat Aziz dan Wan Ahmad, bukan Saifuddin

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Polis patut menyiasat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalannya, bukan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

“Saifuddin sebelum ini juga membuat laporan polis terhadap mereka berdua Mei lalu. Ada apa-apa tindakan? Tidak ada. Kenapa hanya siasat ‘whistle blower’ (pemberi maklumat). Kenapa tak siasat dakwaan Saifuddin?” soal Latheefa.

Beliau mempertikai siasatan dwi standard polis terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu selaku pemberi maklumat tetapi tiada tindakan diambil ke atas Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Omar sebagai pihak yang didakwa.


Saifuddin dipanggil ke balai polis Putrajaya semalam untuk dirakam kenyataan berhubung pendedahannya pada 27 April lepas bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad ialah ahli Umno.

Tegas Latheefa, polis hanya perlu menyiasat Saifuddin tanpa menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, kononnya atas dakwaan fitnah jenayah.

“Kalau Wan Ahmad dimalukan, sepatutnya dia saman fitnah. Buat apa polis guna akta jenayah. Paling lawak, kenapa polis beria-ia sangat nak saman fitnah bagi pihak orang lain?” soal beliau lagi.

Tambahnya, polis begitu bersungguh menyiasat, sedangkan Saifuddin hanya mendakwa sama ada Wan Ahmad merupakan ahli Umno.

“Yang aneh, kenapa hanya Wan Ahmad sahaja yang membuat laporan polis. Kenapa Aziz tidak?” soal Latheefa lagi.

Sebelum ini, Saifuddin mendedahkan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34024


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas