BlogList Malaysia

09 August 2012

Merdeka - Negeri Pakatan sepakat guna logo dan tema sama

Jawatankuasa Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat (Pakatan) hari ini sebulat suara memilih logo ciptaan Ilusenidesign.com untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Mustafa Ali berkata, logo itu akan digunakan oleh keempat-empat negeri Pakatan iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bersama tema Kemerdekaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.


Katanya, pemilihan logo itu kerana ia menggabungkan ciri-ciri Malaysia seperti bendera Malaysia, bunga kebangsaan dan latar belakangnya bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan ke-55.

“Terdapat lima gabungan dalam logo ini iaitu bendera Malaysia, angka 55, bunga raya, simbol hati dan juga seekor burung yang sedang terbang.

“Bendera Malaysia adalah elemen terpenting dalam logo ini dan ia bersesuaian dengan tema ‘Senegara dan Sebangsa’. Simbol hati pula bersesuaian dengan maksud ‘Sejiwa’.

“Bunga raya adalah lambang Bunga Kebangsaan, manakala angka 55 bersesuaian dengan tempoh 55 tahun negara menyambut Hari Kemerdekaan.

“Keseluruhan logo menunjukkan burung sedang terbang sekaligus melambangkan kebebasan atau kemerdekaan,” jelas beliau pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Logo tersebut dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Naib Presiden PAS, Datuk Hussam Musa; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34267


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas