26 August 2012

Isu Hudud - Umno makin terdesak, alih perhatian rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Umno-Barisan Nasional semakin terdesak apabila memainkan isu Hudud dan Negara Islam dengan tujuan menyemai kesangsian kaum dan agama.

“Cubaan keji secara ugutan dan menghasut persengketaan agama dan etnik ini merupakan cubaan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Tidak kira bagaimana isu yang diputar oleh media Umno, kita dalam Pakatan Rakyat kekal komited kepada prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegas ketua pembangkang itu.


Tegasnya, perlembagaan menjamin kedudukan Islam di samping kebebasan agama lain, memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda, mendaulatkan institusi Raja-raja dan keistimewaan Melayu- bumiputera.

Justeru beliau mengajak rakyat supaya menumpukan agenda untuk perubahan, berdasarkan prinsip tadbir urus yang digariskan Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

“Mari kita kekal tumpu kepada agenda untuk perubahan. Kita perlu meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan memeriksa peningkatan kos hidup yang membebankan rakyat.

“Dalam hal Syariah, hudud, dan negara islam, kami mengakui dan menghormati pandangan yang berbeza dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR.

“Ini adalah mencerminkan politik konsensus. Sebagai seorang Muslim, saya tetap berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah yang merupakan sumber prinsip syariah,” kata Anwar.

Anwar berkata, prinsip maqasid al syariah (objektif lebih tinggi Syariah) adalah prinsip penting urus tadbir dan tidak berlawanan dengan ajaran demokrasi.
“Dalam hal ini, PR akan terus dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan sejagat, urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelusan dan daya saing untuk mencapai kebaikan untuk rakyat.

“Janganlah kita terpengaruh dengan politik terdesak dan ugutan UMNO BN. Letakkan kepercayaan kita dalam kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai keadaan ini dan membuat pilihan bebas mereka,” katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas