14 August 2012

Himpunan Janji Bersih bukan berunsur politik

KUALA LUMPUR – Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mendakwa perhimpunan Janji Bersih yang dirancang diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini di Dataran Merdeka bukan berunsur politik.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan sebaliknya mendakwa, Janji Bersih hanya merupakan satu himpunan yang mengkehendaki para pesertanya memakai pakaian berwarna kuning untuk menyambut hari kemerdekaan.


“Himpunan ini juga sebagai simbolik kepada usaha menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Sehubungan itu WargaAMAN tidak berasa gembira dengan kenyataan supaya tidak `mempolitikkan’ hari kemerdekaan.

“Mengapa menjadi kesalahan untuk berpakaian warna kuning semasa Janji Bersih sedangkan ia melambangkan sesebuah organisasi iaitu Bersih,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada Jumaat lalu, melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihati pihak tertentu supaya tidak mengadakan perhimpunan berunsur politik semasa sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos ini.

26 NGO

Beliau dipetik berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya mencampur aduk usaha meraih sokongan politik dengan Hari Kemerdekaan.

Sebelum ini lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) dikatakan akan menyertai himpunan Janji Bersih untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun acara ini tidak dianjurkan oleh Bersih kerana hanya 26 daripada 84 gabungan menyertai acara ini, NGOs lain dijangka menyertainya kemudian.

WargaAMAN juga ingin menegaskan sekali lagi kepada Kumpulan antiBersih Majlis Tindakan Peniga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) bahawa Himpunan Janji Bersih sama sekali bukan lah bermotif Politik seperti yang mereka sangka kan.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A.Samad Said dilaporkan berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 30 Ogos pukul 10 malam di dataran berkenaan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas