02 August 2012

Fitnah Rasuah Lajim - Anwar Akan Saman Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR 2 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbang untuk menyaman Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi jika beliau gagal memohon maaf dalam tempoh 48 jam berhubung fitnah isu peletakan jawatan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.

Tuntutan ini dikemukakan Ketua Pembangkang itu menerusi peguam N Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN hari ini.

Ia berikutan kenyataan Puad dalam Sinar Harian Selasa lalu bertajuk ‘Lajim ikut nasihat Anwar’. Puad juga menuduh Anwar membayar Lajim untuk meletak jawatan dalam Umno.


“Kenyataan itu pembohongan yang sangat keji dan tidak bersesuaian dengan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

“Selari dengan lumrah politik fitnah Umno, Puad juga tidak menunjukkan bukti untuk menyokong tuduhan liar beliau,” katanya dalam kenyataan.

Surendran berkata, kenyataan tidak berasas itu adalah bukti tindakan terdesak Umno kerana takut menghadapi kenyataan BN bakal kehilangan sokongan rakyat di Sabah.

“Tindakan berani Lajim meletak jawatan adalah demi kebaikan rakyat Sabah yang telah lama menderita oleh penindasan dan pemerintahan korup Umno BN,” jelasnya.

Ekoran itu, Anwar mahu Puad membuat permohonan maaf melalui akhbar harian, selain turut menuntut ganti rugi dan kos guaman.

“Writ saman akan dikeluarkan terhadap Puad jika beliau gagal melaksakan tuntutan-tuntutan tersebut,” tegas Surendran.

“Kita juga menyeru agar pemimpin Umno segera meninggalkan politik fitnah dan mengadakan debat yang membina bersama Pakatan Rakyat demi kepentingan negara,” katanya.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas