BlogList Malaysia

01 August 2012

Dakwa Rafizi Merupakan Tindakan Balas Dendam

Pemimpin pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan menahan dan mendakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


"(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Pua (kiri) menyifatkan tindakan itu sebagai "membalas dendam" terhadap si pembocor maklumat.

Beliau mendakwa pendakwaan terhadap Rafizi juga bertentangan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membantu memerangi rasuah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (bawah) berkata, penahanan dan pendakwaan itu bukti jelas bahawa Umno dan BN terdesak akibat pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"PKR percaya Umno-BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat.

"Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara," katanya.

Sementara itu, Pemuda PAS beranggapan, penahanan bekas ketua eksekutif pejabat penasihat ekonomi Selangor itu menunjukkan kerajaan persekutuan tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara bebas daripada rasuah.

"Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan tindakan beliau yang membocorkan maklumat, kata naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kanan).

Raja Ahmad sebaliknya berkata, tindakan Rafizi itu wajar dipuji kerana bertujuan memastikan negara bebas daripada "penyangak rasuah".


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas