BlogList Malaysia

26 August 2012

BN Makin Celaru.. MIC Parah Dilanda Krisis..

Itulah perkembangan terbaru yang melanda Kongres India Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MIC!

Ibarat retak menanti belah, itulah perumpamaan yang paling molek bagi menggambarkan betapa parti komponen Barisan Nasional (BN) ini yang dikatakan 'tenang seketika' sudah mula bergolak semula.

Semuanya gara-gara spekulasi yang tercetus pada Mei lalu, setelah masih menemui jalan buntu ekoran hasrat Presiden MIC, G Palanivel untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands yang mendapat kecaman Umno kerana penyandangnya, SK Devamany masih diperlukan untuk dikekalkan di kerusi tersebut.


Palanivel dikatakan 'menggunakan kuasa sebagai presiden' bagi memaksa Devamany menyerahkan kerusinya kerana kuota kerusi parlimen parti yang lain seperti Tapah atau Sungai Siput dikategorikan sebagai tidak selamat.

Inilah yang menimbukan kemarahan parti komponen BN lain termasuk MCA yang dipercayai menggerakkan usaha mengumpul tandatangan sokongan untuk Devamany yang mahu bertanding sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Maka terpaksalah Devamany menegaskan beliau tidak pernah melakukan perkara yang menjejas imej dan kredibiliti serta kepimpinan parti itu seperti yang didakwa setengah pihak.

Beliau berkata umum tahu bahawa pemilihan senarai calon untuk mewakili MIC pada pilihan raya umum ke-13 dan kerusi yang diperuntukkan adalah hak prerogatif Perdana Menteri dan Pengerusi BN Najib Altantuya, serta Palanivel.

Menyedari hakikat itu, kata Devamany, beliau kononnya tidak pernah bertindak di luar batasan bidang kuasanya.

"Fokus kita (MIC) perlu bagi menentukan kemenangan BN, merampas balik kerusi yang hilang pada pilihan raya lalu.

"Bagi mencapai matlamat itu perpaduan dalam parti harus diberi keutamaan. Jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan," katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian kepada Bernama berhubung laporan akhbar berbahasa Tamil yang mempersoalkan pendirian dan kesetiaan beliau terhadap parti dan presiden.

Akhbar Tamil hari ini melaporkan kononnya anggota MCA Cameron Highlands sedang giat melakukan kempen tandatangan bagi membolehkan Devamany terus diberi peluang bertanding sebagai ahli Parlimen di tanah tinggi itu.

Menurut laporan akhbar itu lagi, usaha itu dilakukan sebagai bantahan tidak memberi laluan kepada Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk bertanding di kerusi itu yang dilabelkan "Kerusi Selamat bagi BN".

Persoalan di mana Palanivel akan bertanding pada PRU ke-13 terus menjadi topik utama akhbar harian Tamil di negara ini sejak beliau menerajui MIC daripada S. Samy Vellu pada Disember 2010.

Pada PRU ke-12, Palanivel tewas kepada calon PKR Zainal Abidin Ahmad di Hulu Selangor dengan hanya 198 undi setelah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1990.

Justeru Palanivel dijangka memilih kerusi selamat Cameron Highlands yang mempunyai 27,408 pengundi berdaftar walaupun tentangan terhadap keputusannya itu bakal membawa pada buat BN sendiri.

Adalah dijangka, keputusan Palanivel ini pasti tambah memeningkan kepala Najib Altantuya yang sedia kusut ekoran penurunan sokongan terhadapnya dan BN secara keseluruhannya menurut kajian terbaru yang dikeluarkan Merdeka Center yang memperlihatkan sokongan kepada Najib Altantuya terus merosot kepada 64 peratus dan BN cuma tinggal 42 peratus setakat Mei lalu.


http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/08/panas-pergolakan-dalaman-mic-makin-parah.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas