Isu putus bekalan air adalah isu yang menyeluruh dihari raya sejak dahulu
Kali ini saya menulis tentang isu air lagi kerana nampaknya sejak saya menulisnya dua hari yang lepas saya telah menerima ratusan sms dan email sebagai respon kepada apa yang saya telah tulis itu. Nampaknya isu air yang dihadapi oleh rakyat adalah menyeluruh semasa hari raya ini dan kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu ini.
Semalam saya ke kampung lagi untuk menziarah kaum keluarga. Kali ini di Seri Menanti, keluarga sebelah isteri saya pula. Di Seri Menanti juga kedapatan tidak berair di siang hari. Nasib baiklah di rumah ini ada kolah yang besar dan kami dapat menggunakannya untuk mandi di siang har
Kalaulah tidak ada kolah untuk menyimpan air tentulah ketiak kami akan bau ikan sepat masin kerana tidak dapat mandi. Di hari pertama saya telah menulis tentang kekurangan dan keputusan bekalan air di kampung asal saya di Sg Jelutong yang tidak berair dan air hanya mengalir dari pagi semalam sahaja.
Sebelum saya balek ke kampung sebelah isteri saya di Seri Menanti saya telah dihujani oleh sms serta email dari seluruh Semenanjung mengadu hal tentang kekeringan air di tempat mereka. Saya dihubungi oleh mereka yang saya tidak kenali dari Perlis hingga ke Johor mengadu yang terputusnya bekalan air ini bukan sahaja di kampung saya tetapi rupa-rupanya banyak tempat di seluruh negara. Kekurangan air ini merupakan fenomena yang menyeluruh di seluruh Semenanjung ini.
Saya menulis isu ini bukan kerana apa, tetapi sudah terbukti yang isu air di Selangor di jadikan isu politik kerana untuk menjejaskan kerajaan negeri dan tidak lebih dari itu. Kekurangan bekalan air ini di alami oleh seluruh negara dan saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan jangan menjadikan isu air sebagai senjata untuk memenangi hati rakyat Selangor sahaja kerana negeri-negeri yang ditadbir oleh BN pun sudah mengalami kekurangan bekalan air sejak puluhan tahun dan belum ada tanda-tanda isu itu dapat di selesaikan.
Sebaliknya di Selangor tidak ada pula kelihatan yang ada kawasan yang putus bekalan air di hari raya ini. Hanya di katakan air di negeri Selangor akan berkurangan dan akan membawa krisis besar selepas 2014 nanti. Kalaulah Syabas jujur dan telus, isu air ini di Selangor tidak sepatutnya timbul langsung. Yang menyebabkan isu ini timbul ialah kerana Syabas tidak berkemampuan merawat air yang secukupnya tetapi belum pula sampai ketahap yang di alami oleh pengadu di seluruh Semenanjung ini.
Mengikut perjanjian, Negeri Selangor boleh mengambilalih Syabas tetapi oleh kerana kepentingan kroni dan Kerajaan Persekutuan, isu Syabas ini sudah menjadi isu yang besar. Jika kerajaan Selangor mengambilalih pengurusan Syabas itu maka Kerajaan Negeri akan bertanggungjawab ke atas isu air ini dan dijangka ia akan lebih mudah di selesaikan kerana banyak isu yang tidak boleh di selesaikan oleh kerajaan persekutuan dahulu telah di selesaikan oleh pentadbiran TS Khalid Ibrahim.
Mudahan-mudahan jika Negeri Selangor boleh mengendalikan isu air ini sendiri dengan lebih cekap maka mungkin Selangor boleh membantu negeri-negeri yang berjiran seperti NS, yang tidak putus-putus dengan masalah air terutama semasa minggu perayaan seperti hari raya seperti sekarang ini.
Mungkin kerajaan negeri Selangor boleh membantu negeri Pahang yang mana banyak kawasan di Pahang itu sendiri menghadapi masalah air seperti yang berlaku di Jengka semalam. Di Jengka semalam sesudah dua minggu keputusan air baru lori-lori tangki Jabatan Bekalan air datang membantu. Masalah air telah berlarutan sejak lama dahulu dikebanyakkan kawasan di negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.
Selangor tetap sebagai sebuah negeri yang sekarang ini tidak ada apa-apa masalah tentang isu air. Isu air di Selangor hanya merupakan satu isu politik ciptaan BN yang ‘creative’ yang menggunakan isu itu sebagai isu pilihanraya oleh BN dalam ketamakan mahu menguasai semula kerajaan negeri yang terkaya di Malaysia itu.
BN patut pastikan yang di negeri-negeri pentadbiran mereka ada air dengan secukupnya sebelum menjadikan isu itu sebagai isu pilihanraya semata-mata kerana hendak mengambil alih kerajaan Selangor. Air jangan dijadikan isu politik kerana ia akan menjadi ‘counter productive’ kepada UMNO.
Cukup-cukuplah menggunakan isu yang jahat semata-mata untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya. Putrajaya itu sebagai yang saya sebutkan dalam posting semalam adalah tempat penempatan sementara sahaja atau TOL (temporary occupancy license), bukannya hak milik kekal bagi BN atau pun UMNO.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/08/isu-putus-bekalan-air-adalah-isu-yang.html
0 Komen :
Post a Comment