15 August 2012

Akhirnya Najib Tunduk Kepada Tekanan

PM tunduk pada tekanan, mahu 'bincang' Seksyen 114A

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan kabinet supaya "membincangkan" pindaan kontroversi terhadap Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan dalam talian, yang ldikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet.

Najib berkata demikian dalam twitter dari Arab Saudi - di mana
beliau sedang menghadiri Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam (OIC) - supaya rakyat didahulukan.


Dalam twitter itu, perdana menteri berkata, apa sahaja yang dilakukan ia mesti mendahulukan rakyat.

Najib menghantar twitter tersebut selepas berpuluh-puluh lamanweb menyokong kempen anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) membantah Seksyen 114A, yang menurut mereka, akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.

Kempen ini banyak dibincangkan di lamanweb rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.

Awal hari ini, beberapa pemimpin BN seperti Naib Presiden MCA Datuk Gan Ping Sieu telah menggesa kerajaan persekutuan supaya menyemak semula Seksyen 114A kerana ia akan menyebabkan kesusahan kepada pengguna Internet yang tidak bersalah.


Gan adalah antara segelintir pemimpin BN yang telah
menyuarakan kebimbangan mereka terhadap undang-undang tersebut. Yang lainya termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) dan datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam twitternya petang ini, Khairy berkata beliau akan menemui menteri berkenaan, Datuk seri Nazri Abdul Aziz pada hari Khamis untuk meminta kerajaan meneliti semula Seksyen 114A.

http://www.malaysiakini.com/news/206353


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas