13 July 2012

Ustaz Azhar Idrus Bakal Calon PRU13

IDOLA anak muda khususnya, Ustaz Azhar Idrus kini semakin popular di seluruh negara. Tanyalah kepada sesiapa anak muda hatta mat rempit sekalipun mereka pasti mengenali ustaz yang berusia 40-an ini. Perkataan "Boh" (boss) atau "JKK" menjadi sebutan di bibir anak-anak muda sekarang.

Perlukah Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU?

Tidak pelik sekiranya Mashita, yang digelar Ustazah Umno yang pernah "mendharuratkan' hukum melacur itu menggelar Ustaz Azhar Idrus ini sebagai "Ustaz Raja Lawak". Begitu juga dengan Ularmak Muda Umno, Fathul Bari yang sering mempersendakan idola anak muda tersebut. Semenjak bila Umno suka kepada Ulamak? Ulamak mereka pun suka menendang peti undi seperti Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara yang kalah teruk kepada DS Wan Azizah dahulu.


Kehebatan Ustaz Azhar Idrus membuatkan mereka sakit hati dan dengki. Ceramah mereka yang tidak henti-henti mengampu pemimpin kerajaan itu tidak mendapat sambutan, sebaliknya ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus yang penuh pengisian dan berani itu amat diminati masyarakat bahkan diminati oleh ahli-ahli Umno yang ada sedikit kemahuan untuk belajar mendapatkan ilmu.

Baru-baru ini dikhabarkan kepimpinan KEADILAN Pahang menyuarakan keinginan mahu meletakkan Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU akan datang. Orang kuat KEADILAN Pahang ini sanggup menawarkan kerusi KEADILAN untuk ditandingi oleh Ustaz Azhar Idrus. Khabarnya, orang kuat KEADILAN Pahang ini amat meminati kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Terdapat respon yang bersetuju agar Ustaz Azhar bertanding di dalam PRU akan datang. Tetapi banyak juga yang tidak bersetuju kerana mereka mahukan agar Ustaz Azhar terus berdakwah seperti sekarang kerana peminat-peminat beliau bukan hanya di kalangan orang-orang PAS atau KEADILAN. Ustaz Azhar di dalam pendekatan dakwah beliau sekarang memberikan banyak kesan di dalam menguntungkan perjuangan PAS terutamanya. Boleh dikatakan golongan artis yang kini telah mula berubah dan condong kepada perjuangan Islam adalah hasil dakwah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Secara peribadinya, saya juga lebih suka Uztaz Azhar Idrus meneruskan pendekatan dakwah beliau sekarang. Politik secara khusus tidak sesuai buat beliau tetapi beliau boleh memperkenalkan apakah itu politik menurut Islam kerana politik dan Islam tidak terpisah. Bahkan, cara beliau sekarang ternyata lebih efisyen dan menakutkan pemimpin Umno khususnya kerana bagi mereka jika tiada lagi umat Islam yang jahil ertinya hayat Umno berakhir.

- wfauzdin.blogspot.com


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas