08 July 2012

Siasat penyelewengan bukan ugut pemberi maklum

KUALA LUMPUR: Pendedahan Rafizi tentang skandal campurtangan Perdana Menteri dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent perlu disiasat bukan diugut dengan OSA.

Ekoran itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan, apakah OSA ini untuk lindung skandal pemimpin dan menutup bangkai gajah dengan tudung saji.

"Pelik bin ajaib pendedahan untuk kepentingan rakyat salah, yang diminta ialah siasat bukan diugut dengan OSA," kata Idris dalam satu kenyataannya.


Baru-baru ini, polis memulakan siasatan ke atas Rafizi ekoran pendedakan beliau tentang kontrak yang di syarikat yang diterajui George Kent untuk membina LRT Ampang.

Berdasarkan dokumen itu, Rafizi mendakwa, penyelewengan berlaku dalam pemilihan kontraktor dan penganugerahan tender itu.

Ekoran itu, pihak berkuasa bukannya menyiasat penyelewengan itu tetapi polis menyiasat Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Rakyat menjadi keliru apabila buat tuduhan dikatakan fitnah jika tidak ada bukti, apabila bawa bukti disabitkan OSA," dakwa Idris.

Beliau bertanya, apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara?.

"Jika ini berlaku memang tepatlah transformasi Najib, tidak berisi," kaya Idris (gambar) lagi.

Beliau memberikan jaminan, insya Allah PR akan membuang akta-akta yang cuba melindungi pengkhianat amanah rakyat.

Pemimpin yang kianat tidak boleh disimpan lama kerana ia akan membawa kebinasaan kepada negara dan rakyat, katanya lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11520-siasat-penyelewengan-bukan-ugut-pemberi-maklum


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas