03 July 2012

Rombak Aktitvti Unit Cawangan Khas (SB)



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Kerajaan BN menghentikan kerja-kerja mengintip aktiviti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu keselamatan dan kes jenayah.

Beliau berkata, kebebasan sepatutnya diberikan kepada polis untuk lebih fokus memerangi jenayah demi keselamatan rakyat berbanding bekerja untuk kepentingan politik Umno BN semata-mata.

“Saya mencadangkan kerajaan BN berhenti menggunakan polis sebagai instrumen ‘police state’, sebaliknya beri kebebasan kepada polis untuk memerangi jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Beliau berkata, Cawangan Khas (Special Branch (SB)) harus menggunakan kepakaran mereka untuk memastikan keselamatan negara bukannya mengintip lawan politik kerajaan BN.

“Keselamatan tidak bermakna dengan menyekat hak demokratik rakyat untuk menukar kerajaan, ini bukan masalah keselamatan, rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan mereka.

“Sudah tentu peranan SB adalah penting mereka telah dilatih dan mereka mempunyai peralatan. Tetapi siapa yang menjadi sasaran mereka yang kami persoalkan” tegas Wan Azizah.

Justeru, beliau menyarankan anggota Cawangan Khas ditugaskan bagi membantu polis membanteras aktiviti jenayah.

“Kami juga meminta kerajaan berhenti mengintip rakyat sebaliknya mengarahkan Cawangan Khas untuk memberi tumpuan kepada menangkap penjenayah,” tambahnya.

Kata beliau, Bajet 2012 menunjukkan pada 2010, Cawangan Khas telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai aktiviti-aktiviti politik warganegara Malaysia dan 351,000 pelepasan pemeriksaan keselamatan dijalankan.

“Secara keseluruhannya, Special Branch telah menghasilkan 733,000 laporan, berjaya mengintip kira-kira 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia berbanding Jabatan Siasatan Jenayah yang cuma membuka 212,000 fail jenayah, ia kurang daripada 30 peratus daripada jumlah aktiviti mengintip Special Branch,” jelas Wan Azizah lagi.

Cabar kerajaan


Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen yang turut hadir pada sidang media itu mencabar Kerajaan Pusat mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah.

“Jika kerajaan tidak boleh melakukan ini, maka rakyat perlu bangkit demi Malaysia yang lebih baik dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

“Daripada menangani isu jenayah, kerajaan memilih untuk membuat dakwaan yang tidak masuk akal dan kerajaan masih berkeras mengatakan kadar jenayah telah menurun walaupun pada hakikatnya adalah bertentangan” tegas beliau.

Minggu ini dilaporkan berlaku kejadian pecah rumah Tan Sri Thamby Chik, ATM di Carrefour Wangsa Maju dicuri RM1.2 juta lesap dan satu keluarga Melayu Singapura yang keretanya dirampas dan diculik di Johor.

Wong Chen turut mempersoal tindakan SB dengan arahan dari kerajaan BN dalam melakukan pengintipan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sebagai alasan menjaga keselamatan negara.

“Kurang pengintipan…lebihkan berkerja (dapat) menyelesaikan jenayah.

“Berapa ramai pengganas berada di Malaysia? Berapa banyak komunis yang masih tinggal? Jangan buang masa intip saya dan Kak Wan (Wan Azizah), sila buat kerja yang lebih berfaedah” sinis beliau.

Kementerian Dalam Negeri mendakwa kadar jenayah negara menurun sebanyak 11 peratus pada tahun lepas dan jenayah jalanan sebanyak 40 peratus semenjak Program Transfromasi Kerajaan(GTP) diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun masih banyak kes berprofil tinggi yang masih tidak dapat diselesaikan.

“Kes-kes ini termasuk serangan terhadap ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Wong Chin Huat yang diserang semasa berjoging di Petaling Jaya” kata Wong Chen.

Sejak sidang media Wan Azizah minggu lepas, lebih banyak kes jenayah dilaporkan termasuk rumah Tan Sri Tamby Chik yang dicerobohi, ATM di Carrefour Wangsa Maju telah dipecah dan keluarga Melayu rakyat Singapura diculik.
Kes-kes jenayah ini membangkitkan persoalan berhubung dakwaan kerajaan yang mengatakan kadar jenayah negara semakin menurun

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/polis-sb-jadi-mat-skodeng.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas