BlogList Malaysia

18 July 2012

PAS ragu wartawan jadi pengundi pos

KUALA LUMPUR: Isu pengundian secara pos di kalangan petugas media antara perkara yang akan dibangkitkan PAS pada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi.

"Bila sebut petugas media, daripada wartawan hinggalah jurukamera boleh memohon mengundi secara pos.


"PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," kata beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) selepas pertemuan dengan kakitangan pejabat PAS dan Harakah di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa ali dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

SPR akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di Semenanjung Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya esok.

SPR pada pertemuan yang akan bermula jam 8.30 pagi hingga dua petang itu akan menyampaikan taklimat berkenaan proses pilihan raya dan simulasi proses pengundian termasuk penggunaan dakwat kekal.

Februari lalu, SPR bersetuju menimbang permohonan petugas media yang mahu mengundi secara pos.

Ianya susulan cadangan yang dikemukakan PSC mengenai undi pos buat kumpulan wartawan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas