04 July 2012

Chua Soi Lek Bangga Dengan Skandal Seks

Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.

"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua (kiri).


Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.

Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".

Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.

Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas