26 June 2012

Takut Tak Sempat Jadi PM, Muhyiddin Meracau Lagi..

Beginilah apabila orang perasan bercakap! Bercakap tapi tak sedar apa yang terkeluar dari lubang mulut! TPM Muhyiddin Yasin ‘menghasut’ orang Melayu untuk konon bersatu mempertahankan nasib bangsa sendiri daripada ancaman yang dibawa kelompok tertentu konon daripada bangsa Melayu sendiri.

Ancaman daripada kelompok tertentu bangsa Melayu sendiri?

Nak ajak orang-orang Melayu agar pandai berdebat untuk membentuk fikiran yang cerdik, cerdas dan kritis – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?


Nak ajak orang Melayu menjauhi sifat membazir yang sangat dibenci oleh ajaran Islam – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu berakhlak mulia dengan menjauhi budaya fitnah, budaya video lucah, budaya samseng, budaya tunggeng buntot, budaya K-Pop tunjuk seluar dalam, budaya buat pilihanraya musim haji dan seumpamanya – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang rasuah, pecah amanah dan amalan kronisme dalam kalangan pemimpin Umno/Bn – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?

Nak ajak orang Melayu menyokong pendidikan percuma untuk para pelajar hingga ke peringkat Universiti– ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu sokong penghapusan PPSMI – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang orang yang kata sekatan sementara PTPTN kepada pelajar Unisel yang ramainya pelajar berbangsa Melayu baru-baru ini, sebagai tindakan yang adil – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu tuntut kembali Pulau Batu Putih dan tanah KTM di Singapura – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu sokong hapuskan Tol – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu sokong turun harga minyak yang mana kenaikan harga minyak sangat menekan kehidupan rakyat yang majoritinya bangsa Melayu – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang petualang-petualang yang menyebabkan ketirisan berbilon wang negara – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR Malaysia yang kotor dan tidak adil – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu selamatkan tanah rezab Melayu di Felda dan di mana-mana dalam tanah air daripada digadai dan tergadai oleh tindakan Umno – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?

Nak ajak seluruh orang Melayu (tambah pulak kini golongan artis antara yang mendahului dan ramai yang sedar dan insaf bahawa Islam adalah satu cara hidup) kembali mengamal Islam sebagai cara hidup – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu terutama yang telah berusia dan yang telah bersara kembali menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan perjuangan menegakkan Islam dan mengerjakan dakwah – ancaman daripada bangsa sendiri?

Kalau semua itulah yang dikatakan ancaman dan ianya dipercayai sepenuhnya oleh orang Melayu, memang Melayu itu, Melayu bodoh!

Dan kalau semua yang tersenarai itu dimaksudkan sebagai ancaman kepada bangsa Melayu daripada bangsa Melayu sendiri, maka aku redha bangsa Melayu itu diancam dengan ancaman-ancaman itu! Dan aku adalah bersama dengan pasukan bangsa Melayu yang dimaksudkan ‘pengancam’ itu!

- GaramLada

Berita dipetik:

Orang Melayu Diseru Bersatu Hadapi Ancaman Kaum Sendiri - Muhyiddin

JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah sampai masanya Orang Melayu bangkit dan bersatu mempertahankan nasib bangsa daripada ancaman yang dibawa kelompok tertentu daripada bangsa Melayu sendiri.


Beliau berkata orang Melayu perlu teguh untuk menghadapi pemimpin yang mendukung ideologi yang bertentangan dengan agama, adat resam, cara hidup budaya bangsa Melayu kerana mereka hanya memikirkan soal politik daripada membantu kaum sendiri.


"Bagi saya sudah sampai masanya kita bangkit dan bangun mengukuhkan jemaah kita hari ini. Saya menyebut begini kerana saya sedar tentang ancaman yang dihadapi oleh kita yang datangnya dari puak-puak kalangan orang Melayu juga, membawa ideologi bertentangan dengan agama, adat resam, budaya cara hidup kita yang sudah terkanun sekian lama.


"Tindakan sesetengah pemimpin menyokong ideologi songsang seperti jika sokong parti berkenaan akan masuk syurga adalah fahaman yang merosakkan akidah," katanya ketika berucap pada Program Sembang-Sembang Bersama Pemimpin anjuran Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor (Warisan) di sini, Sabtu.


Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden Pertubuhan Warisan Melayu Johor (WARISAN) Datuk Abd Rahman Yunos serta lebih 3,000 ahli persatuan itu dari seluruh negeri ini. Muhyiddin kerkata jika orang Melayu terus tidak bersatu untuk menentukan hala tuju bangsa, mereka akan tersisih daripada arus pembangunan lebih-lebih lagi dalam era dunia tanpa sempadan pada masa kini.


-
BERNAMA



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas