BlogList Malaysia

10 June 2012

Pak Jabit bakal diganggu Hantu Kak Midah malam ini?



Pak Jabit, salah satu nama watak yang popular daripada filem 'Zombi Kg Pisang' dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' arahan Mamat Khalid yang mendapat sambutan hangat di negara kita.

Man Kadir, nama sebenar pelakon yang memainkan watak Pak Jabit ini adalah seorang aktivis yang selalu dijemput ke merata tempat untuk menyampaikan ceramah bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat.


Bagaimana cara dan isi ceramah yang disampaikan oleh Pak Jabit ini, saya sendiri pun belum pernah mendengarnya. Oleh itu, eloklah kita beramai-ramai ke Taman Jutaria, Batu Gajah malam ini untuk mendengarnya.

Satu hal lagi yang perlu diberi perhatian mengenai ceramah Pak Jabit malam ini adalah ianya diadakan di Batu Gajah dan berdekatan pula dengan rumah YB Hamidah Osman, Exco Kanan Kerajaan (BN) Negeri Perak dan juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Setiap kali ceramah PR diadakan di sana, pasti ada gangguan daripada Midah ini.

Dikhabarkan yang tapak ceramah Pak Jabit malam ini telahpun 'dihijack' oleh Midah dengan didirikan khemah ditempat tersebut. Walaupun tanpa permit berbanding dengan ceramah Pak Jabit yang telahpun mendapat permit daripada pihak polis, mereka tetap akan mengganggu dengan ceramah 'haram' mereka malam ini.

Oleh kerana Pak Jabit adalah seorang pelakon filem, maka Midah juga mahukan seorang pelakon karat biru untuk menandingi Pak Jabit. Maka, pelakon veteran Anjang Aki atau nama sebenarnya Baharuddin Omar (75 tahun) akan menjadi 'ayam sabung' Midah bagi menandingi populariti Pak Jabit malam ini. Sebelum ini, penyanyi pelawak AC Mizal telahpun 'tertonggeng' apabila disabung Midah bersama dengan Dayangku Intan di Kg Ara Payung, Batu Gajah.

Apakah Pak Jabit akan diganggu oleh 'Hantu Kak Midah Balik Rumah' malam ini? Jom ramai-ramai kita saksikan nanti.

http://ajijoi.blogspot.com/2012/06/pak-jabit-bakal-diganggu-hantu-kak.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas