01 June 2012

Nizar belajar berbohong dari Anwar Ibrahim... - Ahmad Maslan

IPOH - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato’ Ahmad Mazlan menganggap Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Nizar Jamaludin suka mengikut jejak ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang yang suka berbohong.

Katanya, beliau bersetuju dengan gelaran `Nizar Pembohong Bersiri’ kerana Adun Pasir Panjang itu suka berbohong kepada rakyat dalam beberapa isu yang dibangkitkan di negeri ini sebelum ini.

"Dia belajar daripada ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua segala pembangkang Malaysia Malaysia,’’ katanya pada sidang media dimajlis penutup Seminar Wasatiyah dan 1 Malaysia di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM) hari ini. Majlis penutup itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Azbd Kadir.


Katanya, Anwar telah berbohong kepada rakyat apabila dia mengatakan 30 orang akan melompat keluar parti menyertai pembangkang pada tarikh 16 September tetapi ternyata kenyatannya itu tidak benar dan hanya satu pembohongan belaka.

"Jika ketua pembangkang itu berbohong maka anak buahnya juga akan mengamalkan pembohongan,’’ katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga yakin dan percaya pembohongan satu persatu yang dibuat pemimpin-pemimpin pembangkang ini sehingga pembohongan itu didedahkan dengan sendirinya menjatuhkan kredibiliti dan imej pembangkang.

Katanya ini amat jelas dan dapat dilihat bahawa akibat amalan pembohongan ini, sokongan rakyat terhadap pembangkang sudah semakin terhakis.

Pada sidang media itu juga beliau menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah memberikan keseluruhan rakyat untuk menikmati kemakmuran Felda melalui penyenaraian Felga Global Venture (FGV).

Katanya, rakyat boleh kongsi bersama kemakmuran ini kerana 880,000 ekar tanah ladang Felda atau 350,000 hektar tanah ladang felda disewa dalam jangka panjang pada FGV.

"Tahun 2002 kita gagal penyenaraian ini kerana kita tidak jumpa formula jangka panjang dan menerusi penyenaraian itu tanah berkenaan tidak akan hilang, masih milik Felda tetapi dia hanya kita sewa untuk tempoh jangka masa panjang,’’ katanya.

- Blog Pencacai


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas