BlogList Malaysia

05 June 2012

Isu Plat WWW 1 Pemuda Pas Perak Buat Laporan Polis

Dewan Pemuda PAS Perak hari ini menggesa pihak polis mempertimbang semula tindakan menyiasat Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang berjaya membida nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss berkata, pada 31 Mei lalu, akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan kenyataan Nizar bakal disiasat oleh polis Johor di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitternya.

“Sebelum itu, pada 28 Mei, akhbar Kosmo telah mengeluarkan karikatur mengenai nombor plat RM500,000 dan sekali lagi pada 30 Mei mengenai biadaan plat pendaftaran WWW 1.


“Sebagai media arus perdana, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut pasti akan memberi kesan kepada semua pembaca.

“Tweet Nizar dikeluarkan pada jam empat petang dan tidak mustahil beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah melihat apa yang telah disiarkan dalam akhbar berkenaan,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita selepas membuat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sehingga hari ini, Raja Ahmad Iskandar berkata, akhbar Kosmo belum meminta maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak mengenai karikatur yang telah dikeluarkan oleh akhbar tersebut.

“Sedangkan Nizar telah memohon maaf di laman twitternya berhubung kenyataan beliau mengenai isu tersebut.

“Sehubungan itu, kita mahu pihak berkuasa mempertimbangkan semula tindakan untuk menyiasat Nizar di bawah Akta Hasutan dan melihat perkara tersebut secara menyeluruh kerana ia turut melibatkan pihak lain


Dipetik dari http://malaysia-today.net/



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas