BlogList Malaysia

19 June 2012

Geledah pejabat Nizar kerja tak normal!

Apabila terbaca berita mengenai Pejabat Datuk Seri Nizar digeledah polis, penulis termenung seketika. Termenung memikirkan akan negara kelahiran ini. Tertanya-tanya di benak fikiran ini, apakah negara ini sedang diuruskan oleh orang kemaruk atau orang gila?

Macam mana penulis tidak kata kemaruk dan gila, hanya menegur demi kebaikan, kesalahannya kalau tidak melebihi penjenayah, nampaknya dilayan oleh Sang Hamman bagaikan menyamai kesalahan seorang penjenayah!

Penulis sedar tidak semua pengkritik itu betul tapi sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah Yang Esa, kalau teguran itu tak baik sekali pun, bagi tahu sahaja ianya tak baik menegur Sultan begitu, dan mohon penegur itu tarik balik dengan kenyataan memohon ampun kepada baginda Sultan, habis cerita! Tidak akan ada langsung maruah yang tercemar malah ianya amat disanjung oleh Islam!


Tapi yang menulis menjadi termenung memikirkannya ialah teguran yang penuh dengan kebaikan itu boleh menjadi penegurnya bagaikan sama taraf dengan penjenayah atau pengganas! Sampai kuncu-kuncu hamman boleh geledah rumah dan pejabat lagi? Nak cari bukti apa lagi? Bukankah bukti yang nyata ialah batang tubuh itu sendiri dan tulisannya telah pun tertulis di twitter itu. Itulah buktinya, nak geledah apa lagi?

Memang gila sebenarnya keadaan sekarang! Penulis terfikir nampaknya keadaan 1Malaysia di bawah UBN hari ini telah menjadi tidak normal lagi! Sungguh luar biasa kerana nampaknya Sang Hamman berada di mana-mana dan terlalu berlebih-lebihan serta tidak mengajak mentaati hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa! Sang Hamman telah menjadikan teguran Nizar itu sebagai kesalahan yang terlalu maha besar nampaknya! Kerana para Hamman ini, nampaknya yang baik menjadi jahat, yang mulia mungkin tak akan menjadi mulia lagi! Na’uzubillah!

Semoga para Hamman ini tidak merosakkan Institusi Raja yang kita kasihi!

Pejabat Nizar digeledah

Normawati Adnan


19 Jun 2012


IPOH – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor, semalam.


Sinar Harian dimaklumkan, operasi yang bermula kirakira jam 11.30 pagi itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, di sini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.


Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, bagaimanapun tiada sebarang serbuan dilakukan berikutan ketiadaan Mohammad Nizar di rumah berkenaan.


Jurucakap Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.


Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.


“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan.


“Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.


Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.


Menurutnya, apa juga keadaan yang berlaku sekarang, beliau berharap siasatan yang dilakukan itu berjalan dengan baik. “Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan,” katanya.


Ketika serbuan dijalankan semalam, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.


Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut.


Sumber:sinarharian

Dipetik dari - http://garamlada.blogspot.com/2012/06/geledah-pejabat-nizar-kerja-tak-normal.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas