12 June 2012

Felda didakwa akan potong peruntukan, 'bonus raya'

PKR mendakwa Felda merancang untuk mengurangkan peruntukannya sehingga hampir RM100 juta kepada peneroka ekoran penyenaraian Felda Global Ventres Holdings (FGVH).

Pengerusi biro pelaburan PKR, Wong Chen menjangkakan Felda berbuat demikian kerana penyenaraian itu didakwa akan menyebabkan pendapatan Felda akan berkurangan sebanyak RM900 juta daripada RM2.5 bilion tahun lalu.

"Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH. Apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak.


"Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64 peratus.

"Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta, jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan pemotongan peruntukan kepada RM326 juta itu, berbanding RM424 pada tahun lalu, sebagai satu bentuk "penindasan" kepada golongan peneroka.

Langkah tersebut antara lainnya akan melibatkan pembangunan infrastruktur (pemotongan hingga 57 peratus) dan juga bayaran bonus hari raya (25 peratus), kata Wong.

Tindakan itu juga akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan belia generasi kedua dan ketiga (27 peratus), insentif produktiviti (22 peratus) dan pelan insurans untuk peneroka (25 peratus), kata Wong lagi.

Katanya maklumat tersebut terkandung dalam buku Bajet Felda 2012 yang turut diedarkan kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Berdasarkan analisis PKR, Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta untuk kebajikan peneroka sebelum wujudnya FGVH, kata Wong.

http://www.malaysiakini.com/news/200665


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas