08 June 2012

Anwar Hanya PM Sementara - Hasan Jati Meroyan Lagi

Jalur Tiga (Jati) tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mentadbir negara.

Bagaimanapun, Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup.

“Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

“Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika menyampaikan ceramah ‘Merungkai Kebenaran’ di Taman Skudai Kanan, di sini, malam kelmarin.

Walaupun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Anwar adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

Dalam ucapan sama, Hasan turut menyelar kegagalan Anwar untuk menyenaraikan nama-nama anggota Kabinet bayangan biarpun didesak oleh pelbagai pihak sehingga ke hari ini.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia turut menegaskan hasrat PR yang mahu menjadikan Malaysia dari negara mengamalkan sistem demokrasi kepada negara republik selepas berjaya menawan Putrajaya.

“Ia bukan lagi satu rahsia, sebaliknya akan menjadi kenyataan sekiranya orang ramai menabalkan Pakatan Rakyat selaku pemerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Melayu akan hilang langsung apabila PR menang dan berjaya menawan Putrajaya. Mereka akan menukar Malaysia bukan lagi menjadi negara bercorak kepada sistem demokrasi, tetapi menjadikan negara sebagai republik,” katanya.

http://blogpolitikus.blogspot.com/2012/06/anwar-hanya-pm-sementara-kata-hasan-ali.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas