28 May 2012

Umno Nie Memang Tak Habis-Habis Bodoh..

Jika PKR begitu pasti yang Pemuda Umno yang melontar batu di majlis ceramah mereka Khamis lalu di Lembah Pantai, mengapa mereka tidak cekup ahli tersebut?Mohamad sazali kamilan umno lembah pantaiItulah persoalan yang ditanya oleh Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan (kanan).

Katanya, beliau difahamkan apabila seorang ahli (PKR) cedera terkena objek yang dibaling, seorang ahli Umno berbaju merah berada dalam khemah ceramah PKR membantu orang berkenaan.


Menurutnya, jika benar Pemuda Umno membaling objek tersebut, mengapa PKR tidak mencekup ahli Umno tersebut.

Katanya PKR tidak bertindak demikian pada malam tersebut, tetapi sebaliknya mengeluarkan "bukti video" yang menurutnya tidak "benar-benar menunjukkan dari mana objek yang mengenai hadirin kedua-dua belah pihak (PKR dan Umno), dibaling".

Sazali juga bertanya apakah bukti yang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ada bahawa Umno yang membaling objek itu dan mengakibatkan kecederaan.

Dari video tersebut, katanya, pihaknya tahu bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba menuduh Pemuda Umno membaling batu dan menghina mereka yang memanggil mereka sial dan celaka.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas