BlogList Malaysia

08 May 2012

Rahim Noor Takut Bila PR Menang Kilang Judi Genting Akan Ditutup

Bekas ketua polis negara Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.


"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".

Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.

Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya

Harakahdaily.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas