05 May 2012

Fitnah Seks - Anwar Pertahan Azmin, Selar Umno

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan lelaki dalam gambar lucah yang disiarkan media arus perdana.

Anwar menyifatkan penerbitan gambar itu sebagai taktik lama dan manipulasi media Umno dalam persaingan politik mereka.

"Sekarang (cerita tentang) Azmin. Siapa tuan punya media ini? Umno. Siapa tentukan (apa yang disiarkan)? Presiden Umno.

"Mereka cakap tentang moral? Ini jelas satu hipokrasi. Adakah ini cara yang boleh diterima dalam persaingan politik? Cara yang boleh diterima dalam persaingan kuasa?


"Adakah ini sesuatu yang baru? Tidak. Ini perkara yang memang sudah tertanam dalam jiwa Umno," kata Anwar pada Majlis Makan Malam Gala PKR di Petaling Jaya semalam.

Pada 2 Mei lalu akhbar perdana memaparkan gambar lelaki menyerupai Azmin dalam aksi panas bersama seorang wanita di dalam tandas.

Azmin bagaimanapun menafikan lelaki itu dirinya dan menuduhnya sebagai serangan berterusan Umno terhadapnya menjelang pilihan raya.

Sementara itu, mengulas hubungan PKR-DAP, Anwar menegaskan beliau tidak pernah ragu-ragu memilih penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai rakan sepasukannya dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada komen beberapa pemimpin BN yang menyifatkan Anwar sebagai 'kuda tunggangan DAP'.

"Di Ipoh saya nyatakan saya tidak rasa bersalah jika diberikan pilihan untuk memilih pemimpin Cina yang berkebolehan dan berkredibiliti, pilihan saya di antara pemimpin Cina adalah Kit Siang.

"Pilihan Umno adalah Chua Soi Lek," kata Anwar sinis di hadapan kira-kira 1,400 tetamu majlis makan malam kutipan dana itu.

Majlis turut dimeriahkan persembahan teater satira bertajuk Madah Berhelah yang mengisahkan kekalahan perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Aktivis teater Jo Kukathas pula bertindak sebagai pengacara majlis dan mencuri perhatian tetamu dengan jenaka pentasnya sebagai 'Cik Ribenaberry' selama kira-kira 15 minit.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas