30 May 2012

Azmin: Dakwaan Raja Putar Alam Timbul Semula Sebab PRU13

Timbalan preside PKR Azmin Ali berkata dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit sengaja ditimbulkan memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan itu sengaja ditimbulkan di blog Malaysia Today walaupun beliau telah menyerahkan semua bukti yang diminta ketika disiasat 17 tahun lalu, katanya.

"Saya tidak ada wang sebanyak itu. Namun dengan semua bukti yang saya kemukakan, kenyataan bank, dokuman yang diminta, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.


"Mereka patut putuskan apa yang hendak dilakukan selepas itu. (Siasatan dilakukan sejak) 17 tahun lalu.

Azmin turut mengulas dakwaan Raja Petra bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan rasuah itu dihentikan.

Katanya, SPRM yang dikenali dengan nama Badan Pencegah Rasuah pada masa itu sudahpun mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Anwar atas tuduhan tersebut.

Beliau berkata demikian dengan merujuk satu tulisan berhubung kes berkenaan oleh Datin Kalsom Taib yang merupakan isteri kepada bekas pengarah BPR Datuk Shafee Yahya.

Menurut buku bertajuk "The Shafee Yahya Story: Estate Boy to ACA Chief" itu, Kalsom menceritakan bahawa Anwar sepatutnya didakwa kerana mempengaruhi Shafee untuk menutup penyiasatan ke atas Azmin.

Pendakwaan tersebut bagaimanapun tidak disertakan ketika Anwar dibawa ke mahkamah.

Kenapa timbul semula?

"Kenapa sekarang Raja Petra (pengendali Malaysia Today) timbulkan? Sebab pilihan raya sudah dekat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Raja Petra kerana beliau sudahpun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, 17 tahun lalu.

"Sekarang (Raja Petra) mahu saya ulang perkara sama?," katanya yang menambah, rakyat juga mengetahui "siapa sebenarnya Raja Petra."

"Rakyat boleh melihat waktu (yang dipilih untuk menimbulkan) dakwaan ini," katanya lai.

Beliau mengulas dakwaan Raja Petra yang mendakwa memiliki "fail rahsia" berhubung siasatan SPRM (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) bertarikh 1995 berhubung transaksi saham, hartanah dan kenderaan Azmin.

Ekoran itu, SPRM membuat laporan polis ke atas Raja Petra berhubung pendedahan dokumen siasatan berkenaan dalam tulisan bertajuk MACC 'Deep Throat' comes out of the closet (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) yang disiarkan semalam.

Laporan hari ini menyebut, Panel Penilaian Operasi SPRM juga akan mengadakan mesyuarat untuk melihat semula dakwaan itu.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas