BlogList Malaysia

09 May 2012

5 suspek kes culik Nayati diberkas, 2 lari ke luar negeri

Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 27 April lepas berjaya ditangkap manakala dua perancang utama kes itu dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dalam sidang akhbar hari ini, berkata lima suspek berumur antara 18 hingga 40 tahun itu direman selama 14 hari bermula semalam.

Hasil tangkapan itu, polis menemui semula sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada suspek, katany


"Polis masih mengesan dua lagi suspek yang terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi perancang utama penculikan Nayati, dan daripada maklumat yang kami terima kedua-dua suspek telah melarikan diri ke luar negara bersama sebahagian daripada wang tebusan," katanya.

Beliau berkata polis telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan dua suspek yang dipercayai melarikan diri ke Eropah itu.

Bakri turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana banyak menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya lima suspek itu.

"Kejayaan polis ini memberi keyakinan kepada warga asing bahawa negara kita selamat daripada anasir jenayah," katanya.

Nayati, 12, diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara berhampiran rumahnya di ibunegara, dan kanak-kanak lelaki itu ditemui selamat di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan pada 7.55 pagi, 3 Mei lepas.

- Bernama


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas