23 April 2012

Zahid Mat Arip Kemaruk Sangat Jadi Calon BN Melalui TIBAI

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bertekad akan menentang ketua pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-13.

Penerajunya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar, sebaliknya bersedia berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh sekiranya diberi peluang.

"Andai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Abd Razak) menamakan saya atau arahkan saya bertanding dengan Anwar di Pematang Pauh, saya sedia turun tentang Anwar," katanya dalam ucapan di majlis pelancaran TIBAI di Kuala Lumpur semalam.


Pelancaran TIBAI disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali di ibunegara malam tadi.

Turut hadir ialah senator Datuk S Nalakaruppan, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Selain itu, Muhammad Zahid berkata, TIBAI nekad akan menjatuhkan Anwar "sehingga ketitisan darah yang terakhir".

"Kita akan kumpulkan sahabat-sahabat yang pernah menyokong Anwar. Walaupun kita pipit, tetapi dengan sokongan yang ada, kita mampu menggoncangkan Anwar hingga titisan darah yang terakhir," katanya disambut tepukan hadirin.

TIBAI ditubuhkan pada 18 April lalu yang bertujuan untuk menolak Ketua Umum PKR itu daripada menjadi perdana menteri dan seterusnya daripada arus politik semasa.

Menurut Muhammad Zahid, TIBAI dijangka mengadakan siri jelajah bagi memberi penerangan siapa sebenarnya Anwar yang akan memberi fokus kepada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita akan buat siri jelajah. Bila? Kita akan adakan sidang media pada waktu terdekat," katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas