12 April 2012

Sri Wani Saman Madu-Madunya RM6 Juta Kerana Fitnahnya Sebagai Lelaki



KUALA LUMPUR 12 April – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan pemilik salun kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah untuk mendapatkan tambahan tempoh masa bagi membolehkannya meminda permohonan injunksi terhadap madu-madunya yang didakwa mengganggu dan memfitnah dirinya.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Mei ini.

Sri Wani menjadi perhatian ramai apabila suaminya, bekas Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi memfailkan permohonan agar isteri ketiganya itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenar wanita terbabit.

- UTUSAN


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas