12 April 2012

“Semoga kita bertambah makmur…”

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Malaysia diharap akan menjadi sebuah negara yang bertambah makmur, aman dan diberkati sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam.

Demikian harapan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Teresa Kok yang berkongsi gembira dengan semua rakyat Malaysia di atas pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah.

Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara turut mendoakan semoga Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong sentiasa sihat dan sejahtera.


“Semoga kita rakyat Malaysia juga bertambah makmur dan selamat sentiasa,” katanya dalam satu majlis ringkas di sini semalam.

Di majlis itu, Teresa menyampaikan sumbangan dari Cho Yang Medical Investment Sdn. Bhd., sebuah syarikat barangan kesihatan beribu pejabat di Korea Selatan kepada pusat jagaan orang tua Rumah Victory di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Rumah Victory ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Philip S.K Mok dan mempunyai 8 pusat operasi di seluruh semenanjung Malaysia.

Pusat ini membiayai operasinya melalui kutipan derma, aktiviti kebudayaan dan sosial serta tajaan dari individu dan syarikat-syarikat persendirian.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut menderma RM2,500 kepada pusat tersebut.

Roketkini.com


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas