Setelah berbagai cara, fitnah dan tipudaya dilakukan oleh puak UMNO untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak atau jangan menyokong Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat gagal, kini ada desas desus yang belum pasti yang akan dilakukan oleh UMNO sebagai jalan terakhir yang kononya untuk menguburkan Parti Keadilan Rakyat menjelang PRU13 nanti.
Jalan terakhir yang akan diambil ialah dengan cara mengharamkan PKR menjelang PRU13 nanti, dengan itu UMNO berharap tidak akan ada calun dari PKR yang akan bertanding nanti. Namun begitu, UMNO pasti sedar bahawa Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan awal sekiranya berlaku perkara ini kerana PKR sudah sedia maklum akan kezaliman, penipuan yang bakal dilakukan oleh UMNO kelak.
UMNO mengangkakan dengan cara itu nanti rakyat tidak akan mengundi Pakatan Rakyat dan sebagai pilihan undi akan diberikan kepada UMNO. Mungkin inilah perancangan jahat yang akan dilakukan oleh UMNO nanti. Bagi manusia yang tidak punya pegangan agama, tidak punya iman, mereka sanggup lakukan apa sahaja hatta dengan memaksa rakyat supaya mesti menyokong mereka juga walaupun mereka sedar bahawa kezaliman, penyelewengan dan penindasan serta penipuan mereka selama inilah puncanya rakyat terutamanya orang Melayu tidak mahu lagi mengundi UMNO. Tetapi UMNO tidak peduli semua itu, bagi mereka, apa yang mereka sudah buat dan akan buat, itu bukan urusan rakyat dan rakyat tidak ada hak untuk mempertikaikanya kerana mereka adalah raja, sultan dan UMNO juga adalah segala-galanya dan tiada siapa yang boleh menghalang apa yang UMNO hendak buat.
Setelah berjuta wang rakyat UMNO gunakan untuk memancing undi, tetapi masih juga tidak berjaya, maka cara terakhir UMNO ialah menggunakan segala kekotoran semata-mata untuk mengekalkan kuasa. UMNO ingat iman dan aqidah boleh dibeli dengan wang dan bantuan serta projek kecuali manusia yang telah Allah butakan hati dan pemikiranya sahaja yang akan terpengaruh dengan permainan kotor UMNO ini.
Kita lihat sahaja kes-kes besar yang berlaku dalam negara kita samada berkaitan dengan rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, merampas tanah rakyat, kes khalwat, zina, arak, bunuh, samseng, menipu dan berbagai lagi, semuanya angkara Melayu yang bernama UMNO. Kalau ada yang melibatkan bangsa lain dari parti komponen BN pun, hanyalah tak sampai 10% sahaja, yang selebihnya semuanya adalah melibatkan pemimpin UMNO samada di Pusat atau pun di negeri. Jadi, adakah manusia seperti ini yang hendak disokong dan diberikan kuasa untuk memerintah negara lagi? Apakah orang melayu yang menjadi penyokong dan pengundi UMNO ini sudah tidak punya rasa malu, tidak punya maruah dan tidak punya iman lagi sehinggakan sudah begini jijik dan teruk akhlak pemimpin UMNO, mereka masih lagi ingin mempertahankan dan mengundi UMNO? Suruga dan neraka adalah hak Allah, kata jamil Khir.
Betullah tu, dan adalah hak Allah juga jika Allah ingin mencampakan semua orang UMNO dalam neraka jahannam kelak kerana kedegilan, kesombongan, ketakburan dan kezaliman mereka selama berkuasa.
Berbalik kepada isu jika PKR diharamkan menjelang PRU13 kelak. Cadangan penulis mudah sahaja. Jika benar diharamkan, kerusi PKR bagi calun yang beragaman Islam, gunakan sahaja logo PAS dan yang bukan beragama Islam, guna sahaja logo DAP. Seandainya Pakatan Rakyat menang sehingga berjaya menguasai Putrajaya kelak, hidupkan semula PKR dan sebagai balasan dan pengajaranya, selepas menubuhkan kerajaan, perkara pertama yang wajib dan perlu dibuat ialah MENGHARAMKAN PARTI UMNO untuk selama-lamanya. Jangan biarkan lagi pasti sampah seperti UMNO itu wujud lagi di bumi Malaysia ini hingga kiamat.
Walaubagaimana pun semua perkara ini hanya tertakluk kepada apakan benar PKR akan diharamkan menjelang PRU13 kelak. Dan tindakan untuk mengharamkan UMNO akan direalisasikan seandainya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan UMNO dalam PRU13 nanti. Namun perlu diingat, tidak mustahil UMNO akan melakukanya nanti. Jika Al Quran pun mereka pernah minta ditafsirkan semula dan janggut Nabi pun pernah mereka pertikaikan inikan pula untuk untuk mengharamkan PKR, lagi mudahlah bagi mereka. Namun begitu, jika kemenangan UMNO/BN kelak atas penipuan yang mereka lakukan dengan kerjasama JPN dan SPR, maka wajarlah JPN dan SPR diseret ke mahkamah kelak. Ini adalah kerana kedua-dua agensi ini sanggup tunduk kepada UMNO walaupun tahu tindakan mereka memberikan hak mengundi kepada warga asing itu menggadaikan maruah negara untuk jangka panjang. Mungkin penyokong UMNO ingin sangat melihat suatu hari nanti Perdana Menteri atau Menteri Besar mereka ialah warga Bangla atau warga Indon.Wallahualam.
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13437
0 Komen :
Post a Comment