08 April 2012

Saya Tidak Mahu Mati Sia-Sia - Pak Samad

Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu. ( Klik Sini )


Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut.

Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia".

Jadi, Anda apa lagi, masih nak duduk diam?, fikirkan kenapa pak Samad sanggup turun BERSIH, awapannya mudah, kerana beliau nampak sesuatu yang tidka kene dalam sistem pilihanraya.

http://tukanglawan.blogspot.com/2012/04/saya-tidak-mahu-mati-sia-sia-pak-samad.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas