KUALA LUMPUR 7 April - Tindakan beberapa pihak termasuklah dari peringkat akar umbi yang cuba membuat desakan ke Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkaitan isu-isu yang dibangkitkan disifatkan mainan politik pihak lawan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, tindakan tersebut bukan sahaja dilakukan untuk memecahbelahkan Pakatan, akan tetapi ianya sebagai salah satu strategi pihak politik lawan untuk kembali merampas beberapa buah Negeri yang dimiliki Kerajaan Kerjasama Pakatan tersebut.
Sambil menganggap serangan itu tidak menggugat pengaruh PAS, Hadi Awang berkata PAS bersama rakan parti yakin mampu mempertahankan 4 buah Negeri yang sedang dikuasai pada Pilihan Raya Umum ke 13 jika proses perjalanan yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih telus
“Sekiranya pilihan raya mengikut proses demokrasi sebenarnya, kita boleh bertahan. Tetapi sekarang ini, di Selangor kita dapati penambahan pengundi yang terlalu mendadak, di luar dugaan, di luar kelahiran penduduk,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan insiden yang pernah berlaku pada PRU ke 11 yang lalu di mana terdapat peningkatan mendadak jumlah pengundi di beberapa kawasan menyebabkan Terengganu berjaya dirampas semula Barisan Nasional (BN).
“Kini, pengundi dikesan bertambah di beberapa tempat tumpuan di Selangor, peningkatan jumlah penduduk dikesan meningkat di beberapa kawasan terbabit. Ini satu penipuan. Ia termasuk dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
Ditanya berkenaan status ketelusan SPR, Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan ianya masih pada tahap yang meragukan kerana sehingga kini SPR dilihat tidak serius dalam mengemaskini beberapa tuntutan seperti sistem pengkaedahan undi pos yang didakwa beliau menjadi senjata BN untuk terus berkuasa.
http://klpos.com/politik/3551-presiden-pas-anggap-isu-azmin-ali-sebagai-mainan-politik
0 Komen :
Post a Comment