20 April 2012

Pondok Panas - Apa Agenda Tersembunyi SPR?

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesyaki daftar pemilih yang diberikan kepada parti dan calon bertanding pada hari pengundian tidak selari dengan daftar pemilih asal yang dimiliki Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kecurigaan beliau itu berdasarkan keengganan SPR membenarkan wakil Pakatan Rakyat berada di pondok panas SPR pada hari pengundiaan.

“Sebab itu SPR tidak mahu wakil parti duduk bersama mereka menyemak daftar pemilih. Kalau berani mengapa tidak membenarkan kami duduk di situ?


“Kami ada peranan di sana kerana daftar pemilih yang diberikan kepada calon berbeza dengan daftar pemilih yang digunakan pada hari pembuangan undi.

“Ini antara cara mereka untuk menutup penipuan yang ditaja Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, pindaan Sub Seksyen 26.

Pindaan itu melarang ejen parti politik mendirikan pondok panas dalam lingkungan lebih 100 meter dan larangan wakil parti melakukan semakan daftar pemilih bersama wakil SPR.

Selain pindaan turut melarang mana-mana pihak menentukan identiti seseorang untuk mengundi di pusat pembuangan undi.

Menurut Azmin, dalam peraturan 26 (A) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, sebelum ini membenarkan dua wakil parti duduk bersama-sama dengan wakil SPR untuk menyemak daftar pemilih.

Bagaimanapun beliau berkata sangat menghairankan secara tiba-tiba kerajaan mahu meminda undang-undang tersebut dengan tergesa-gesa.

Beliau menggesa supaya kerajaan kerajaan menumpukamn isu-isu pokok iaitu pembersihan daftar pemilih yang dibangkitakan Pakatan Rakyat dalam PSC dan bukannya meminda Sub Seksyen 26,Akta Kesalahan Pilihanraya dalam usaha menambah baik pilihanraya di negara ini.S

Ahli Parlimen Gombak itu berkata Pakatan Rakyat sebulat suara menolak pindaan akta itu kerana ia tidak menepati kehendak rakyat yang diluahkan melalui pendengaran awam.

“Kita telah melakukan penjelajahan di seluruh negara, kita telah mengadakan pendengaran awam, kita juga telah menerima memorandum termasuk daripada gerakan Bersih. Bersih telah memberikan cadangan yang cukup komprehensif tetapi langsung tidak dipeduli dalam pindaan akta kesalahan pilihanraya yang dibentangkan pada hari ini,” katanya.

http://paspb2.blogspot.com/2012/04/halang-pondok-panas-mudahkan-spr-menipu.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas