12 April 2012

Polis pencen dan Pesara Tentera bakal jadi calon Pakatan di PRU13.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat bakal melakukan kejutan dengan menurunkan bekas pegawai tinggi tentera dan polis sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Berucap dalam satu ceramah di Telok Emas, Melaka malam tadi, Mohamad berkata perkara itu akan diumumkan "tidak lama lagi."

"Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya.


Beliau juga mendakwa, ramai bekas pegawai tinggi tentera itu mencarinya untuk menyatakan sokongan kepada kenyataannya berhubung insiden Bukit Kepong, yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth.

"Justeru, tunggulah saya akan umumkan tidak lama lagi," katanya.

Tambahnya, atas perkembangan ini, badan Kebajikan Tentera dan Veteran Angkatan Tentera (KERABAT) yang ditubuhkan PAS mengalami pertambahan ahli di luar jangkaan walau baru ditubuhkan.

"Biarpun baru dua tiga bulan ditubuhkan KERABAT sudah mempunyai ahli sudah mencecah 20,000 dan dalam bulan Jun kita mahu ahli dalam 60,000.

"Sekarang yang menyertainya adalah di kalangan bekas-bekas jeneral berpangkat tinggi, ertinya mereka tidak berpuas hati tentang layanan diberi Umno dan BN," katanya.

Beliau juga mendakwa, seorang demi seorang pemimpin veteran Umno dan bekas pegawai tinggi tentera akan meninggalkan parti itu selepas ini.

Beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan bekas ahli majlis tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang bertindak untuk keluar parti setelah merasakan tidak lagi selesa berada di dalam Umno.

Menurut Mohammad Sabu, Abdul Kadir dengan berani meluahkan kepadanya bahawa lebih ramai lagi bekas pemimpin veteran Umno akan keluar daripada parti terbesar mewakili orang Melayu itu.

"Saya tanya pada dia, ramai lagikah yang berhasrat keluar parti macam Tan Sri ini, dia kata ramai. Saya akan umumkan seorang demi seorang tidak lama lagi, tapi tunggulah mereka ini isytihar keluar parti dulu,"

Mengulas perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada 28 April ini, Mohamad berkata PAS percaya pihak polis tidak sebarang halangan untuk membenarkan ia diadakan kerana perhimpunan dijalankan secara aman.


http://www.utaranews.com/2012/04/polis-pencen-dan-pesara-tentera-bakal.html

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas