BlogList Malaysia

18 April 2012

Peguam Shafee Abdullah Dihantar Untuk Tugas Misteri Di Luar Negara

Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.


Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.

Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.

Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.

Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu.

http://www.malaysiakini.com/news/195292


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas