BlogList Malaysia

07 April 2012

MELAYU HILANG KUASA ANGKARA SIAPA?

UMNO seolah-olah sudah kehabisan modal untuk menarik sokong orang Melayu supaya menyokong mereka dalam PRU13 kelak.

Berbagai isu direkacipta antanya ialah jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat, maka kuasa orang Melayu akan hilang. Apakah UMNO sudah lupa bahawa kuasa orang Melayu sebenarnya sudah lama hilang?


Sebahagian besar tanah rizab Melayu sudah hilang dan menjadi hakmilik bangsa asing. Angkara siapa ini? MCA dan Gerakan begitu berani menghina hak orang Melayu dan menghina syariat Allah dan UMNO kecut perut sehingga tidak berani menegur sahabatnya itu, angkara siapa ini? Angkara Pakatan Rakyat?

Sebenarnya UMNO sudah gelabah kerana sokongan orang Melayu terhadap UMNO kini sudah tidak sampai 30% lagi. Jadi mereka bagi mykad kepada warga asing seperti bangsa Indonesia, Myamar, Bangladesh dan tidak mustahil juga kepada bangsa Nigeria supaya boleh mengundi UMNO pada PRU13 kelak.

Itu sebabnya kegiatan samseng, kecurian, rompakan dan gangguan seksual yang dilakukan orang rakyat Indon dan Nigeria terhadap rakyat kita tidak diambil tindakan, sepatutnya rakyat asing sudah lama diusir keluar dari negara kita demi untuk keselamatan dan ketenteraman rakyat kita sendiri.

Tetapi ini tidak berlaku kerana mereka ini adalah pengundi yang telah didaftar kan oleh SPR atas arahan UMNO untuk kepentingan UMNO. UMNO tidak peduli rakyat selesa atau tidak dengan adanya pendatang asing ini dalam negara kita, yang penting mereka itu mesti mengundi UMNO dan UMNO emsti terus berkuasa untuk terus menyamun harta negara dan menindas serta menipu rakyat yang tidak berdaya.

Jadi, kenyataan UMNO bahawa kuasa melayu akan hilang adalah besar dan tepat. Ini adalah kerana jika UMNO menang dalam PRU13 kelak bukanlah hasil sokongan dari orang Melayu tetapi dari pendatang asing. Maka tidak mustahil, sebagai membalas jasa kerana mengundi UMNO , maka wakil dari bangsa-bangsa ini akan dilantik sebagai Senator kelak, kemudian sebagai Timbalan Menteri dan akhirnya Menteri atau sebagai exco di negeri di bawah pemerintahan UMNO.

Sambil itu, UMNO akan meminta Senator pendatang asing ini menjemput lebih ramai lagi sahabat-sahabat mereka yang masih berada di Indon, Myamar dan di Bangla serta di Nigeria datang ke negara ini dan diberikan mykad untuk menjadi pengundi UMNO pada PRU14 pula. Jadi betul lah ketika itu nanti orang Melayu sudah tidak punya apa- apa kuasa lagi kerana UMNO sudah berkongsi kuasa bersama pendatang asing itu. Jadi sokonglah UMNO.

Kini harta milik orang Melayu satu demi satu dijual atau digadai oleh UMNO. Tanah Felda hendak digadai. Ladang sawit milik Tabung Haji dijual. Tidak mustahil satu hari nanti jika UMNO terus diberikan kuasa memerintah, Petronas juga akan dijual dan akhirnya bumi Malaysia juga akan UMNO gadai untuk bayar hutang. Wallahualam.

Oleh: Tok Janggut

Sumber : http://www.tranungkite.net


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas