BlogList Malaysia

05 April 2012

MCA dicabar keluar BN jika Lynas diteruskan

KUALA LUMPUR, 5 April: PAS mencabar Presiden MCA memberikan kata dua kepada Barisan Nasional (BN) untuk keluar parti jika kilang Lynas teruskan operasinya di Gebeng, Kuantan.

Cabaran itu dibuat Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar dalam satu kenyataan medianya.

"Sekiranya MCA tidak menarik diri, ini menunjukkan bahawa Presiden MCA dan juga MCA tidak ada kredibiliti atau prinsip memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat," kata Zulkefly dalam kenyataan itu.


Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua SoiLek, yang menyatakan bahawa MCA bersetuju dan menyarankan agar Kilang Lynas ditutup disebabkan rakyat tidak bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut di Malaysia.

"Saya selaku Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia beranggapan bahawa kenyataan Presiden MCA tersebut sebagai kenyataan rhetorik politik kerana MCA sebagai gabungan kerajaan Barisan Nasional boleh bertindak lebih awal lagi dalam menghalang pembinaan kilang tersebut, sebelum tindakan mahkamah yang diambil oleh rakyat," katanya.

Bagi beliau, kenyataan Presiden MCA itu adalah kenyataan terdesak kerana beliau sedar bahawa masyarakat cina tidak lagi menyokong MCA dan beliau sedar bahawa masa depan MCA bergantung penuh kepada sokongan masyarakat Cina bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Semalam, beliau bersama beberapa pihak lagi berkesempatan bersama-sama rakyat di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta untuk mendengar semakan kelulusan TOL Lynas di mahkamah.

Mahkamah dibanjiri semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum, umur dan peringkat yang turun untuk memberi sokongan kepada plaintiff.

Hakim yang mendengar kes ini, Datuk Rohana Yahya dan beliau menyatakan bahawa keputusan mahkamah akan diumumkan pada 12hb April, 2012.

"Sehubungan itu, kami berharap rakyat yang bersimpati dan tidak bersetuju dengan kewujudan Lynas ini akan turun ke mahkamah pada tarikh tersebut untuk memberikan sokongan kepada plaintiff dan juga rakyat Kuantan," kata Zulkefly


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas