09 April 2012

Ku Li Akan Sertai Himpunan Bersih 3.0

Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.

Beliau (gambar) yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.

“Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).


“Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama,” katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.

“Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai,” katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini.

Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat.

“Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang,” tegasnya.

Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.

“Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.

“Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat,” katanya lagi.- TMI


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas