01 April 2012

Jamil Khir Berjaya Tarik 20 Penyokong Pas Sertai Umno

YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.


Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian, Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata Nik Abdul Aziz.
Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Dalam pada itu, seramai 20 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai Umno. Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah.

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/04/bila-menteri-agamaku-mula-berkempen-di.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas