BlogList Malaysia

13 April 2012

Cerita Lawak - Bloggers Umno Bergaduh Hanya Kerana Aaron Aziz

PARPUKARI VS PAPAGOMO, RBF JADI MACAI.... TONGONG PUNYA BLOGGER!!!

Entah jadah apa aura yang dimiliki oleh Aaron Aziz sehingga berjaya memalingkan kiblat dua orang blogger ternama iaitu PAPAGOMO dan PARPUKARI. Dan yang lebih menarik, isu tersebut turut mengheret RBF ONLINE yang merupakan seorang lagi blogger heavyweight dan hardcore yang sebelum ini kelihatan banyak bersetuju berbanding bertelagah.

Isunya bermula apabila PARPUKARI mempersoalkan tentang kemenangan Aaron Aziz sebagai pemenang Artis Popular. Dengan alasan-alasan dan dalih yang bukan-bukan untuk melazimi terhadap kemenangan Aaron Aziz. Dan alasan serta dalih itu kemudiannya disanggah pula oleh PAPAGOMO sebagai memenuhi proses perdebatan.


RBF ONLINE duk tak duduk tiba-tiba menyampuk dan cuba memanaskan keadaan, walhal isu yang ditimbulkan dan diperdebatkan itu sekadar ISU BODOH yang tidaklah sekuat mana pun untuk dihujahkan oleh sesiapa pun baik menentang kemenangan mahupun menyokong kemenangan Aaron Aziz.

Apa yang hebat sangat dengan warga Singapura yang menang anugerah hiburan itu? Sedangkan sudah berapa lama warga Singapura yang menyemai bakti di Bumi Semenanjung? M. Nasir, Yusnizar Hussein, Black Dog Bone dan sebagainya sudah lama ada di Malaysia. Artis dan penghibur Malaysia sudah terlalu lama mendapat anugerah di Singapura tanpa sebarang masslah dari penduduk atau rakyat mahupun pengamal media Singapura.

Hebat sangatkah anugerah hiburan di Malaysia sehingga perlu menjadi eksklusif dan terhad kepada warganegara Malaysia semata-mata?

Bullshittt!

Tak payah berangan untuk menjadi eksklusif yang bukan-bukan!

Kepada blogger-blogger hebat di atas, berhentilah daripada menjadi tongong dan bahlol. Isu artis yang cuba korang belitkan sebenanrnya hanyalah mencerminkan KETOLOLAN DAN KEBANGANGAN YANG BUKAN-BUKAN!!!!

http://theflyingkick.blogspot.com/2012/04/parpukari-vs-papagomo-rbf-jadi-macai.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas