BlogList Malaysia

11 April 2012

Bersih 3.0 Dapat Sokongan Kerabat DiRaja

KUALA LUMPUR 11 April - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah mengumumkan sokongannya secara terbuka terhadap kesemua tuntutan yang disuarakan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mendakwa, tuntutan Badan Gabungan yang juga disertai kesemua komponen Pakatan tersebut adalah releven dan mesti diperhalusi.

Selain itu, Tengku Razaleigh juga mahu kesemua media cetak dan elektronik lebih adil dalam melaporkan isu tanpa bersifat berat sebelah kerana ia mencerminkan sistem demokrasi yang diamalkan di Negara ini.


“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas,” kata beliau.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata demikian setelah disoal penonton pada Majlis Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas pemimpin Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh.

Walaubagaimanapun, beliau menambah sokongan beliau masih belum diperbincangkan bersama Jawatankuasa AMANAH dan akan menyatakan pendirian dalam masa terdekat.

Pengumuman BERSIH 3.0 dibuat sejurus perbentangan Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang menolak 4 daripada 22 cadangan yang disyorkan bagi meningkatkan penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

http://www.klpos.com/politik/3674-ku-li-umum-sokong-bersih-30


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas