BlogList Malaysia

20 April 2012

Aktivis BERSIH P. Pinang Akhirnya Dibebaskan

Bersih 3.0: 'Hong Kai bebas atas sokongan rakyat'

Tan Hong Kai, 21, yang direman sejak semalam, baru dibebaskan kira-kira jam 4.00 petang tadi dengan ikat jamin polis, kata koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pulau Pinang, Ong Jing Cheng.

"Atas rakyat yang hubungi polis dan sebarkan maklumat, tan hong Kai telah dibebaskan," ujarnya di dinding laman sosia Facebook.

Pembebasan itu sekaligus membantalkan hasrat solidariti mereka mendesak pembebasan Hong Kai pada malam ini di perkarangan Balai Polis Jalan Patani, George Town sekiranya sukarelawan Suaram itu tidak juga dibebaskan pada 3 petang ini.


Hong Kai ditangkap oleh pegawai keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 8.30 malam tadi sebelum direman oleh polis sehingga sekarang gara-gara mengedarkan risalah Bersih 3.0 di kampus berkenaan, di sini.


Jing Cheng (kiri) memberi reaksi spontan pagi tadi mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan aman memberi sokongan kepada Hong Kai.

"Dia (Hong Kai) mungkin bebas 3.00 petang ini. kalau tak bebas, kita akan lancar duduk bantah di balai polis itu untuk memberi sokongan moral (kepada Hong Kai).

"Menurut IO (Pegawai Penyiasat) Inspektor Yusmar, Hong Kai akan dibebaskan dengan ikat jamin jam 3 petang ini di Balai Jelutong," ujarnya semasa dihubungi PenangInsight.com.

Suaram merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia serta bergabung dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0.

Sehingga 12.45 tengah hari tadi, balai polis tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai Bersih 3.0: Reman aktivis Suaram jadi rekod sulung di P.Pinang.

Perkembangan terbaru itu dijangka akan menggandakan mobilisasi di peringkat negeri bagi melengkapkan sasaran 500,000 rakyat Malaysia ke himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April ini. -END

http://penanginsight.com/content/bersih-30-hong-kai-bebas-atas-sokongan-rakyat


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas