26 March 2012

Umno Tambah Meroyan Bila Kerajaan Selangor Beri RM300 Juta Untuk Rakyat..

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan peruntukan RM300 juta bagi Geran Selangorku berjaya disalurkan kepada rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu tidak termasuk dana hasil hutang Syarikat Talam Corporation.

Ujar beliau jumlah sebenar peruntukkan yang mampu dijana kerajaan negeri bagi geran Selangorku adalah sebanyak RM400 juta.


Namun kerajaan negeri hanya meletakkan jumlah RM300 juta bagi mengelakkan sebarang permintaan yang tinggi dengan kewujudan peruntukan yang lebih besar tersebut.

“Rakan kita dari Gombak Setia, kini agak terlewat kerana sebelum ini kita telah mengadakan retreat (pemukiman) bagi Exco-exco kerajaan negeri di Melaka pada Februari lalu, mungkin itu sebabnya Gombak Setia khuatir.

“Dalam perjumpaan itu, saya ada terangkan kepada exco bagaimana duit itu sudah ada. Kita tiada jalan untuk kita terangkan kepada rakyat, tetapi kita telah terangkan kepada exco. Kita mempunyai skim untuk menjana wang bagi Geran Selangorku,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) berhubung bagaimana Kerajaan Negeri menjalankan program di bawah Geran Selangorku sekiranya dana bagi peruntukan tersebut belum wujud.

Isu kontraktor sampah

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok menjelaskan, geran yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan telus dan bertanggungjawab.

Sementara itu, walaupun timbul masalah mengenai pungutan sampah di Selangor baru-baru ini, namun kerajaan negeri masih meneruskan khidmat kontraktor daripada Umno tanpa mengira motif politik disebalik isu yang timbul.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu perkara utama kontraktor yang dilantik adalah daripada tender terbuka dan menjalankan kerja dengan baik dalam kalangan Umno.

“Sejak 1 Mac ramai kontraktor yang menjalankan kutipan sampah berlatarbelakang Umno. Itu bukan isu penting selagi kontraktor dapat kontrak melalui tender terbuka. Mereka juga dapat jalankan kerja dengan baik walaupun mereka kontraktor daripada Umno,” katanya menjawab pertanyaan mulut Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi.

Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) turut mengakui masalah kutipan sampah tidak dipungut yang berlaku pada Januari hingga Februari lalu berpunca daripada ketidakfahaman kontraktor di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya wujud tindakan beberapa kumpulan kontraktor kutipan sampah memboikot kerja-kerja di Shah Alam dan Kajang sehingga membangkitkan kemarahan penduduk.

Malah pasukan sampah di setiap PBT tidak bertindak segera untuk mengatasi aduan setempat yang bertambah, serta kelewatan PBT membayar tuntutan kerja-kerja.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/26/geran-selangorku-berjumlah-rm300-juta/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mycenews+%28MyCen+News%29


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas