12 March 2012

Suami Shahrizat Dibicarakan Hari Ini

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.

Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.


Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berbaju kurung dan bertudung serba putih hadir bagi mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah dan bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Namun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.
Isu NFC timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas